Hospital Sibu, Sarawak

Batu 5 1/2, Jalan Ulu Oya,
96000,Sibu, Sarawak
Tel: +(60)84 343333, Faks: +(60)84 337354








  1. Perkhidmatan permohonan laporan perubatan online ADALAH TERBUKA kepada Pesakit Sendiri/Agen/Wakil (insurans dan peguam) sahaja.
  2. Status Permohonan boleh disemak melalui menu SEMAK STATUS melalui sistem secara online.
  3. Laporan Perubatan akan disediakan mengikut Standard HPIA/KPI Ver.5.0 2017 iaitu dalam masa tempoh 4 minggu waktu/hari bekerja bagi Hospital Berpakar
  4. Pemohon dikehendaki memastikan SEMUA DOKUMEN yang harus disertakan, dihantar secara pos laju (bagi yang TIDAK HADIR DIRI) atau hadir diri ke kaunter selepas permohonan online.
  5. SEMUA DOKUMEN yang harus disertakan semasa mengutip laporan perubatan di pejabat kaunter Unit Rekod Perubatan:
    1. Permohonan secara bertulis ataupun melengkapkan borang KKMLKP/1/2008
    2. Surat keizinan ASAL yang ditandatangani oleh pesakit/waris.
    3. Surat asal izin pesakit (menyatakan nama agen / wakil / pemohonan).
    4. Salinan Surat Keluar Hospital (Discaj Note) atau salinan (Triage Note).
    5. Salinan Kad Pengenalan pesakit.
    6. Salinan Kad Temujanji pesakit.
    7. Salinan Sijil Kematian (jika berkaitan)
    8. Borang berkaitan (Insurans,KWSP,Buruh 90,PERKESO dan lain-lain.
    9. Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan pesakit.
  6. Tempoh siap pengiraan penyediaan laporan perubatan adalah bermula dari TARIKH PERMOHONAN ONLINE melalui sistem ini.
  7. Bayaran boleh dilakukan melalui kaedah (1.) Wang Pos Malaysia, (2) Cek atau (3) Pindahan Wang ke akaun terima kerajaan, Nama Bank: CIMB Bank, No Akaun: 8602656469 (AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SIBU - TERIMAAN)
  8. Salinan slip bayaran PERLU dikepil ke dalam sistem jika pembayaran melalui Pindahan Wang.
  9. Sila simpan slip permohonan sebagai bukti untuk rujukan.

Teruskan